JKKK Tanah Putih
telah mengenalpasti beberapa masyarakat kampong yang berpotensi untuk berjaya
dalam bidang keusahawanan. Antaranya adalah bidang penternakan ayam kampong
yang dijalankan oleh salah seorang warga emas iaitu Encik Sulaiman atau lebih
dikenali dengan Pak Awang.
Pada tahun 2009 sehingga 2013 beliau menternak itik
namun begitu pada 2013 banjir besar yang melanda Kuantan amnya dan Tanah Putih
Baru khususnya maka ternakan tersebut telah dihanyutkan oleh air. Ini adalah
kerana kawasan ternakan tersebut terletak berhampiran sungai Kuantan.
JKKKTPKK1 bercadang untuk membantu warga emas ini untuk
memasarkan ayam kampong yang diternaknya dan dijadikan salah satu produk
Kampung menjelang 2016.
Beliau juga merupakan salah seorang yang sentiasa
menyumbangkan tenaga serta barang untuk program yang dijalankan oleh JKKK Tanah
Putih
No comments:
Post a Comment