Thursday, January 1, 2015

Lagu Rakyat Pahang - Menghilir Di Sungai Pahang

Lagu rakyat ini amat popular di kalangan rakyat Pahang sejak dahulu lagi.
Dinyanyikan oleh penyanyi lagu rakyat yang terkenal iaitu saudara Roslan Maadun
Lagu ini menceritakan sejarah negeri Pahang.


Tajuk       : Menghilir Di Sungai Pahang
Penyanyi : Roslan Maadun
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang (3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang (2x)

Menghilir di Sungai Pahang

Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang


Menghilir di Sungai Pahang

Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan (2x)

Menghilir di Sungai Pahang

Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang


Menghilir di Sungai Pahang

Kirilah kanan cantik menawan (2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang

Singgah di Pekan Bandar Di Raja (2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan


No comments:

Post a Comment